Legoland Malaysia - Holiday Extravaganza Sepanjang Disember 2014

○ Legoland Malaysia - Panorama Dunia Lego (Mini Land)
○ Legoland Malaysia - Menarik di Star Wars Mini Land
○ Legoland Malaysia - Holiday Extravaganza Sepanjang Disember 2014
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 1) Keriangan Bermula
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 2) Main-main di Legoland
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 3) Kemudahan di Legoland
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 4) Akiff dan Legoland
○ Legoland Malaysia - Water Park
○ Legoland Malaysia - Pengalaman Bermalam di Legoland Hotel


Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke pelancaran Holiday Extravaganza 2014 yang telah diadakan di dalam taman tema Legoland Malaysia... Pelancaran ni telah disempurnakan oleh Mark Germyn iaitu General Manager, Legoland Malaysia Resort....



Sebelum pelancaran bermula... pihak media dihiburkan dengan persembahan khas sempena perayaan krismas kat dalam City Stage...



Kemudian kitorang dipersembahkan dengan persembahan teater musical bertajuk "When Santa Got Stuck Up the Chimney" yang dibuat khusus untuk Legoland Malaysia sempena Holiday Extravaganza ni... para pelakon dia memang didatangkan khas dari eropah... persembahan ni dah bermula dan akan berlangsung sehingga Januari 2015... setiap hari akan ada 4 kali persembahan iaitu pukul 11.30 pagi, 1.30 tengah hari, 3.30 petang dan show terakhir pukul 6 petang... So, kalau korang ke sini nanti pandai-pandai la budget masa korang untuk tengok show ni...


Aktiviti menarik lain sempena Holiday Extravaganza ni adalah persembahan lampu dari DUPLO Christmas tree... pokok krismas ni dibuat dari 427,695 lego brick dengan ketinggian pokok sembilan meter tinggi dan berat mencapai 6,057kg... Pehhhh... memang ohsemmm giler... ni sempena Holiday Extravaganza ni jer... musim lain dah takde okehh....


Haaa nampak tak gambar atas ni... itu la Duplo Christmas tree... tu tak nampak meriah lagi tu sebab lampu tak menyala lagi... kalau lampu menyala memang cantik giler... selain pokok krismas ni, ade jugak model santa yang dibuat dari Lego Brick....


Sebanyak 250,000 lego brick digunakan untuk membina model santa lego ni....

Ni aku nak bagi tau sesuatu yang lebih menarik sempena Holiday Extravaganza 2014 ni... setiap hari bermula 1 Disember hingga hari perayaan krismas akan diadakan satu lucky draw kepada seorang pengunjung bertuah... cabutan akan dibuat pada pukul 7 malam....


Pengunjung bertuah diberi pilihan untuk membuka mana-mana kotak pilihan macam dalam gambar kat atas ni... boleh la pilih nak kotak yang nombor berapa... setiap kotak ada hadiah yang berbeza... antara penaja hadiah adalah Maybank, Celcom, Edaran Tan Chong Motor, The Traders Hotel, Thistle Hotel, Pulai Spring Resort dan banyak lagi...

So, korang yang bercadang nak ke Legoland Malaysia memang aku syorkan korang pergi time Holiday Extravaganza ni sebab banyak aktiviti menarik yang diadakan sempena musim krismas ni... Ehhhh... lupe lak ade 1 lagi info penting yang korang perlu tahu... sepanjang musim Holiday Extravaganza ni, taman tema Legoland akan dibuka extra 2 jam iaitu sehingga jam 8 malam... so memang sesuai la datang time sekarang ni...

Labels: , , ,