Sejauh mana pendidikan itu penting bagi aku? Woooo... jauh oooo... Jauhnya sehingga ke Sibu, Sarawak... Sebab pendidikan lah aku dengan Akiff berjauhan dengan Miss Permaisuri yang sekarang tengah menabur bakti mendidik anak jati di Sarawak... Haaa nampak tak? Jauh kann... hahahhaa... jawapan nampak macam takda kena mengena jer....
Ok ok... Cabaran 30 Hari untuk hari ketujuh ni diteruskan dengan topik yang agak berat dan membosankan... huhuhuu... macam nak kena ulas dengan serius jer... dah la aku jenis tak pandai nak serius-serius ni... nak skip task yang ketujuh ni boleh tak? Muahahaha...
Rasanya semua pun tahu kan yang pendidikan adalah perkara asas dalam kehidupan kite sekarang... zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu... tertinggal sikit jer terus ko akan hanyut dan terus ditinggalkan... aku dulu start masuk tadika umur 6 tahun... sekarang ni budak 3 tahun pun ade yang dah dihantar ke tadika dan taska...
Bagi aku pendidikan tu bukan hanya sekadar segulung kertas yang digenggam masa hari konvokesyen... tapi pendidikan ni lebih kepada pengalaman dan pengajaran dalam hidup... serius aku cakap, setinggi mana pun tahap pendidikan ko tapi kalau ko hanya mengharapkan segulung kertas itu sahaja tak memadai untuk ko terus melangkah maju ke depan... pendidikan itu sangat penting tapi apa yang lebih penting adalah keazaman dan iltizam ko untuk maju dalam kehidupan...
Haaa... nampak? Ni yang aku malas nak cakap secara serius ni... hahaha...
Pergilah belajar anak ku.. walaupun sehingga ke negeri China...
(Gigih aku cuba kaitkan gambar dengan topik sebab takde gambar berkaitan aku nak share... hahaha)
Klik Link Di Bawah :
Labels: Cabaran 30 Hari, Kelab Blogger Ben Ashaari