Teaser : Sebalik Tabir Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari

Alhamdulillah... selesai sudah program photoshoot rasmi untuk Kelab Blogger Ben Ashaari di My Creative Pixel Studio kat Setapak. Terima kasih MyCPS kerana sudi menaja program photoshoot kami kali ni...

Photoshoot kali ni berjaya mengumpulkan 26 orang blogger. Sepatutnya ramai lagi yang akan joint tapi tak dapat joint sebab ada hal lain...

Photoshoot start pukul 11.30 tapi pukul 10 kami dah sampai kat studio sebab gegadis semue nak makeup-makeup dulu...

Hah nampak? Ni hasil sentuhan dari MakeUp Artis (mua) yang sponsor makeup untuk semua blogger gegirl.... kerlassss... bertukar jadi princess terus...

Yang duduk depan aku pegang camera tu la photographer dan jugak owner studio ni... abang Aiman...

Hari tu aku bertindak sebagai floor manager untuk memastikan photoshoot berjalan lancar...

Photoshoot ni ada dua sesi... yang pertama sesi personal photoshoot... setiap orang akan beraksi secara solo depan camera dengan pakaian bebas bertemakan merah hitam... sesi kedua pulak adalah group photoshoot dengan pakaian rasmi kelab...

Ok... Meh tengok antara aksi disebalik tabir blogger semasa photoshoot personal berlangsung...


Mula-mula semue takut nak beraksi depan camera... takde pengalaman laa... keras laa... kayu laaa... alih-alih bila dah berdiri depan camera pandai pulak possing lentik sana, pusing sini, silang kaki, tengok siling... macam-macam gaya... hahaha...

Ni gambar tak rasmi aku... ngeeee... berkilat dahi...

Ok... ni ade sekeping dulu gambar yang dikirimkan oleh pihak studio... gambar-gambar lain lambat sikit dapat... nanti dah dapat aku tayang semua skali k...




Labels: , ,