Segmen Ben Ashaari : Aku, Seorang BLOGGER

(Klik gambar untuk joint)

Peranan aku sebagai blogger?
Dulu aku tak faham sangat peranan blogger... yang aku tahu hanya menulis untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Now, aku dah tahu apa peranan yang sepatutnya aku pegang sebagai seorang blogger. Sebagai seorang blogger, aku perlu berkongsi pengalaman secara ikhlas dan jujur supaya pembaca sentiasa percaya dengan penulisan aku... Benda ni adalah perkara ni sangat penting sebagai seorang blogger bagi menjaga kredibiliti penulisan serta nama baik blogger...

Apa isu yang ingin aku tekankan dalam penulisan aku?
Buat masa sekarang, aku hanya fokus kepada apa sahaja pengalaman hidup aku terutama yang melibatkan penjagaan anak serta perkongsian tempat-tempat menarik yang aku lawati... Komen dan pandangan peribadi tentang isu semasa terutama hal politik akan cuba aku elakkan dalam blog ni... bukan apa, takut tersentuh perkara-perkara sensitif dalam masyarakat...

Kalau blog aku mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan?
Hmmm... buat masa sekarang aku tak pernah terfikir nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama... aku belum yakin dengan kemampuan blog aku lagi walaupun mampu meneriba ribuan ringgit sebulan... yer laa... dalam apa industri sekalipun ada pasang surutnya... retis sekalipun ada naik turunnya... mungkin sekarang blog aku boleh jadi perhatian orang, mana tahu akan datang blog aku dah tak releven dengan kehendak masyarakat... 

Okeh, katakan aku memang decide jadi fulltime blogger... apa backup plan yang aku perlu buat untuk sara kehidupan aku?
kalau aku blogger fulltime... backup plan yang aku dah ada sekarang adalah bisnez vending mesin air aku sekarang ni... Alhamdulillah... aku boleh katakan ia sebagai pasif income yang aku terima sekarang... aku tak perlu bekerja setiap hari tapi income still ade... dah 3 tahun aku buat bisnez vending mesin air ni... cuma sekarang perlu maintain dan jaga dengan baik mesin-mesin aku tu... dan selain tu, aku akan cuba belajar dalam bidang hartanah juga...

Harapan sebagai blogger?
Aku harap dunia blog ni semakin meluas dan masyarakat menerima kehadiran blogger sebagai medium pengiklanan yang paling berkesan...


Labels: ,