Mesranya Akiff dengan Ummie dia...

Seminggu aku bercuti dengan Akiff dengan Miss Permaisuri... rasa tak puas dan tak cukup... masa seminggu tu terlalu singkat... jadual perjalanan kitorang pack! Penuh dengan aktiviti... cuma dua hari terakhir jer baru kitorang rest secukupnya kat rumah... semalam Miss Permaisuri dah balik ke Sarawak... aku dengan Akiff kembali menjalani kehidupan berdua... semalam dengan hari ni mood aku agak kelaut sikit... lebih-lebih lagi masa nak hantar Miss Permaisuri ke airport semalam... rasa berat jer nak lepaskan dia balik ke sana... tapi apa boleh buat... terpaksa jugak... 

Hari ni ingatkan nak update story percutian kitorang tapi mood happy-happy belum masuk... kang update entri percutian terselit mood sedey pulak kannn... So, hari ni aku share dulu sikit gambar kemesraan Akiff dengan Ummie dia masa kitorang melawat Kellie's Castle baru-baru ni.... korang boleh tengok sendiri macam mana Akiff bermesra dengan Ummie dia... Akiff memang anak yang sangat manja... tu buat aku bertambah sedey bila dia berpisah dengan Ummie dia... huhuhu...

Nanti aku update banyaaaaaaaak lagi gambar-gambar menarik masa kat Kellie's Castle hari tu... kalau yang nak tahu info pasal Kellie's Castle ni, tunggu entri aku nanti k... 


Labels: , , , ,